Saya berkesempatan hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Majlis APC ini bukan sekadar penyampaian anugerah, tetapi ia adalah satu bentuk penghargaan atas komitmen, dedikasi dan profesionalisme warga kerja Imigresen yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugasan mereka.
Sepanjang tempoh saya memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, saya sendiri menyaksikan peningkatan nyata dalam pengurusan keimigresenan negara. Dari segi kawalan di pintu masuk, sehinggalah kepada keberkesanan operasi dan penyampaian perkhidmatan.
Penekanan yang saya sentiasa berikan kepada Jabatan Imigresen Malaysia adalah untuk memastikan pengurusan pintu masuk negara dilaksanakan secara cekap dan profesional, serta mudahkan urusan rakyat dengan sistem yang mesra, pantas dan telus.
Bergerak ke hadapan, saya berharap agar Jabatan Imigresen Malaysia terus konsisten dan istiqamah dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan demi kepentingan rakyat, keselamatan negara dan kelangsungan aspirasi Kerajaan Madani.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah hari ini. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang dan berintegriti!
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: