Mengakhiri program saya di Sabah, saya hadir ke Majlis Penyerahan Kompleks Separa Projek Siap Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM).
Cadangan pembinaan Kompleks Zon Maritim Semporna ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM86 juta sebagai langkah memperkukuh keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Hasilnya, hari ini kita ada sebuah kompleks maritim moden dan berfungsi penuh, dibina di kawasan strategik Tampi-Tampi, Semporna, sebuah lokasi yang amat penting kerana berhampiran perairan antarabangsa Filipina dan Indonesia.
Saya dimaklumkan kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Bangunan Pentadbiran Utama, Bangunan Sokongan dan Logistik, Jeti Operasi dan Marina untuk kapal serta bot APMM, Helipad untuk operasi udara, padang kawad, gelanggang sukan dan kuarters perumahan untuk anggota serta kemudahan sokongan lain.
Dengan siapnya kompleks ini, Semporna kini memiliki pangkalan maritim yang bukan sahaja menjadi pusat operasi dan rondaan, tetapi juga hab koordinasi latihan dan kerjasama antara agensi keselamatan seperti ESSCOM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).






Ruangan Komen: