Seusai sahaja Program di Depot Tahanan Imigresen Jawi, saya terus hadir Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Satu Blok Sekolah dan Menaik Taraf PUSPEN Karangan, Kulim, Kedah.
Projek bernilai RM11,915,935.59 ini melibatkan pembinaan sebuah blok sekolah dua tingkat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta kerja-kerja luar (external works) yang dirancang rapi untuk menyokong proses pembelajaran dan pemulihan.
Projek ini, yang bermula pada 17 Januari 2022 dan disiapkan pada 5 September 2024, mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memperkasa Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Karangan.
Saya berkesempatan meninjau kawasan asrama yang disediakan, memastikan segala aspek keselesaan dan keperluan klien-klien diutamakan dalam usaha memberi ruang yang lebih kondusif untuk proses pemulihan mereka.
KDN akan terus komited dalam menyokong program-program pemulihan yang menyeluruh bagi klien-klien PUSPEN, terutamanya di Kedah, demi memberi peluang kedua yang bermakna serta mengurangkan kesesakan di penjara.
Semoga inisiatif ini menjadi sebahagian daripada transformasi positif yang kita impikan untuk Malaysia.
Ruangan Komen: