Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat Negeri Pahang 2025 - Saifuddin Nasution
Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat Negeri Pahang 2025
October 8, 2025

Merafak sembah menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat bercemar duli ke Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat Negeri Pahang 2025 di Jengka, Pahang hari ini.

Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Pahang hari ini membuktikan komitmen padu semua pihak dalam usaha membanteras ancaman dadah yang semakin mencabar.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, MTMD, AADK Pahang dan semua rakan strategik yang telah menjayakan inisiatif ini. PTDT bukan sekadar program kesedaran, tetapi manifestasi komitmen kolektif untuk membebaskan Pahang daripada belenggu dadah.
Masalah dadah adalah ancaman serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan negara. Sehingga Jun 2025, Malaysia mencatatkan 134,916 penyalahguna dan penagih dadah. Di Pahang sahaja, terdapat 9,452 orang yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, dengan kadar penagihan 567 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Kementerian Dalam Negeri melalui AADK komited memperkukuh usaha ini melalui empat pendekatan utama:
✅ Penguatkuasaan tanpa kompromi
✅ Pencegahan berterusan
✅ Rawatan & pemulihan berperikemanusiaan
✅ Kerjasama strategik bersama semua pihak
Mari kita berganding bahu memastikan Pahang Teguh, Dadah Terkawal, sekali gus menjadi contoh negeri bebas dadah di Malaysia.
Inilah semangat Kerajaan Madani – membina masyarakat sejahtera, selamat dan berdaya tahan untuk masa depan negara.

Ruangan Komen:

Loading...