Dalam sela masa yang ada, saya ambil peluang untuk turut hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.
Selama tiga hari, sambutannya cukup menggalakkan. Saya melihat sendiri bagaimana rakyat Kelantan berpusu-pusu hadir, untuk mengambil manfaat daripada pelbagai aktiviti, pameran, dan perkhidmatan yang disediakan.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa kemajuan negeri akan lebih mudah dicapai jika Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergerak seiring, terutama dalam projek-projek bersakala besar.
Program seperti ini membuktikan bahawa apabila kerajaan turun padang, suara rakyat lebih dekat didengar, keperluan lebih jelas difahami, dan agenda kemajuan dapat digerakkan bersama demi kesejahteraan semua.


Ruangan Komen: