Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai
January 5, 2026

Setibanya di Pulau Pinang, saya terus bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai di Bangunan Penang Sentral, Butterworth.

UTC Seberang Perai ini merupakan yang ke-24 di Malaysia dan yang kedua di Pulau Pinang selepas UTC Komtar. Ia lahir daripada inisiatif Belanjawan 2025 melalui kerjasama erat antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kewujudan UTC ini dilihat bakal memberi kemudahan kepada lebih sejuta penduduk sekitar, termasuk kawasan bersempadan seperti selatan Kedah dan utara Perak, menjadikannya hab perkhidmatan yang strategik dan mudah diakses.
Inilah matlamat sebenar penubuhan UTC, memudahkan urusan rakyat, menjimatkan masa, dan memastikan setiap perkhidmatan kerajaan lebih dekat dengan masyarakat.

Ruangan Komen:

Loading...