Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 APMM - Saifuddin Nasution
Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 APMM
August 7, 2025
10 bulan mungkin kedengaran seperti satu tempoh biasa. Tapi bagi 254 anak muda yang berdiri megah di hadapan saya pagi tadi, ia adalah tempoh yang mengubah hidup mereka.
Alhamdulillah, saya dan isteri berpeluang hadir ke Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 APMM, sebuah detik yang cukup bersejarah.
Saya dimaklumkan, latihan mereka bukan hanya tentang fizikal dan disiplin. Mereka juga diasah dengan ilmu strategik, undang undang maritim, taktik keselamatan, dan lebih penting, nilai dan prinsip yang membentuk integriti seorang penjaga laut.
Kerana di lautan nanti, bukan hanya ombak yang mencabar , tetapi juga ancaman sebenar seperti penyeludupan senjata dan dadah,pencerobohan nelayan asing dan pemerdagangan manusia. Semua ini menuntut kekuatan dan kebijaksanaan.
Justeru, pesanan saya kepada semua pelatih yang tamat latihan, hari ini anda tamat satu perjalanan, dan dalam masa yang sama, anda juga baru sahaja memulakan satu perjalanan yang jauh lebih besar, lebih mencabar, dan lebih bermakna.
Jagalah amanah ini sebaiknya. Bawalah semangat berkhidmat, bukan kerana nama, tetapi kerana tanah air ini adalah milik kita semua. Jadilah mata dan telinga negara di sempadan maritim. Dan setiap kali anda pulang ke darat, pulanglah dengan nama baik, dengan integriti yang kekal teguh dalam diri.
Tahniah kepada semua wira baharu APMM. Semoga langkah kalian selepas ini terus penuh makna, berani dan bermaruah. Berkhidmat dengan gagah. Bertugas dengan jujur. Berdiri dengan maruah.

Ruangan Komen:

Loading...