
Kalau tahun-tahun sebelum ini, saya memang selalu berkunjung ke rumah sahabat-sahabat India saya untuk sama-sama meraikan Deepavali. Namun tahun ini, kerana kekangan masa dengan urusan ASEAN dan beberapa perkara lain, peluang itu agak terhad.
Walaupun begitu, saya bersyukur kerana masih berpeluang hadir ke Majlis Sambutan Deepavali Parlimen Padang Serai, bertemu ramai sahabat lama dan rakyat yang hadir meraikan bersama-sama.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada PKR Cabang Padang Serai serta pasukan pusat khidmat saya yang bekerja keras memastikan majlis berjalan lancar.
Semoga semangat harmoni, kasih sayang, dan silaturahim yang kita raikan malam tadi terus mekar, menjadi asas kukuh kepada hubungan erat di kalangan rakyat,






Ruangan Komen: