Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Kementerian Dalam Negeri 2025 - Saifuddin Nasution
Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Kementerian Dalam Negeri 2025
October 17, 2025
Sewaktu berucap di , saya tekankan bahawa sebagai sebuah Kementerian yang menaungi pelbagai agensi penting, kita sebenarnya berada di barisan hadapan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
Bayangkan, kalau agensi penting seperti PDRM, APMM, Imigresen, JPN & AKPS ini rapuh terhadap prinsip integriti maka dengan mudah akan berlakunya kepincangan kepada sistem keselamatan negara dan akhirnya membuka ruang kepada kerosakan yang sukar diperbetulkan.
Sebaliknya, jika setiap daripada kita berpegang teguh kepada nilai integriti, maka barulah keutuhan sistem itu kekal kukuh dan dihormati.
Dato’ Ustaz Kazim Elias tadi turut berkongsi bagaimana dalam Islam, amanah dan kejujuran bukan pilihan tetapi kewajipan. Bila kita bekerja dengan niat kerana Allah, setiap tindakan kita, sekecil apa pun, jadi satu bentuk ibadah.
Semoga integriti akan terus subur dalam jiwa setiap warga KDN, menjadi perisai yang menjaga kita daripada kealpaan, dan menjadi cahaya yang menuntun langkah kita dalam membina Malaysia yang lebih aman, adil dan bermaruah.

Ruangan Komen:

Loading...