Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) - Saifuddin Nasution
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS)
April 28, 2025

Menuju ke penghujung Syawal yang berbaki beberapa hari sahaja lagi, saya berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang berlangsung di Dataran Kulim, Kedah.
AKPS merupakan agensi baharu yang ke-11 di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), menggalas amanah besar dalam memastikan sistem kawalan dan keselamatan pintu masuk negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Walaupun masih baru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga AKPS atas kejayaan menganjurkan satu majlis sambutan yang bukan sahaja meriah, malah berjaya mengumpulkan masyarakat setempat.
Inilah sebenarnya roh dan makna tersirat di sebalik sambutan Aidilfitri — bukan sekadar untuk beraya dan bergembira, tetapi lebih penting untuk mempereratkan ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim, dan menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan kita semua.
Tahniah sekali lagi buat AKPS. Semoga terus maju jaya dalam menjaga keselamatan negara tercinta!
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...