Alhamdulillah, semasa berada di Tapah, saya ambil kesempatan untuk singgah ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota RELA Daerah Batang Padang yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Changkat Petai, Tapah Road, Perak.
Majlis seperti ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Aidilfitri, malah menjadi wadah terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dengan seluruh warga RELA di peringkat akar umbi.
Saya amat menghargai segala jasa, pengorbanan dan sumbangan anggota RELA yang sentiasa bersiap siaga dalam membantu menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, khususnya dalam mendukung pelbagai program dan inisiatif kerajaan di peringkat komuniti.
Semoga ikatan yang terjalin ini terus kukuh dan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta berkesan antara RELA dan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha membina negara yang aman dan sejahtera.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: