Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2025 - Saifuddin Nasution
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2025
April 28, 2025

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan pada 2025 berlangsung dalam suasana yang cukup meriah walaupun disambut secara sederhana.
Mewakili seluruh warga kerja KDN, saya menzahirkan ucapan terima kasih saya kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sudi hadir walaupun di sela kesibukan jadual beliau dengan pelbagai urusan negara.
Saya bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut meninjau gerai-gerai yang dihias meriah oleh agensi-agensi di bawah KDN. Pelbagai juadah lazat dan unik dihidangkan, daripada sate, lemang, dan char kue tiau, hinggalah ke burasak, hidangan istimewa masyarakat Bugis dari Johor.
Saban tahun, majlis ini menjadi platform penting bukan sahaja untuk meraikan Aidilfitri, tetapi juga untuk memperkukuh silaturahim dan hubungan kekeluargaan di antara warga kerja KDN.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa pelaksana, urus setia serta seluruh warga KDN yang telah bertungkus lumus merancang dan menjayakan majlis ini dengan begitu cemerlang. Komitmen dan semangat kerja berpasukan anda semua amat saya hargai.
Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia daripada saya dan warga kerja KDN, Maaf Zahir dan Batin.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...