Sebelum mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet, saya sempat singgah sebentar ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
AKPS boleh dikatakan adik bongsu dalam keluarga besar Kementerian Dalam Negeri. Namun, meskipun usianya baru setahun, langkahnya sudah cukup tegap dan yakin. Dalam tempoh singkat, mereka telah memperlihatkan hasil kerja yang memberi impak langsung terhadap keselamatan serta kedaulatan tanah air.
Besar harapan saya agar momentum ini diteruskan. Jangan cepat berasa selesa, sebaliknya terus belajar, berinovasi dan menyesuaikan diri dengan cabaran baharu di sempadan yang semakin kompleks.
Setahun ini hanyalah permulaan. Di hadapan, terbentang ruang yang luas untuk AKPS berkembang sebagai sebuah agensi yang bukan sahaja cekap dan berintegriti, tetapi juga disegani di peringkat serantau.







Ruangan Komen: