

Lebih istimewa, IFC memilih untuk berpangkalan di zon utara, menjadikan negeri Kedah sebagai lokasi utama persiapan pasukan. Mengapa utara? Kerana saya percaya, peminat bola sepak di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan sekitarnya berhak untuk terus menyaksikan aksi liga tertinggi negara ini di halaman sendiri.
IFC bukan sekadar nama. Ia satu simbol kebanggaan buat warga Jabatan Imigresen Malaysia dan seluruh keluarga besar KDN. Pasukan ini dibarisi oleh pemain-pemain tempatan dari seluruh pelusuk negara dan akan digandingkan juga dengan kekuatan pemain import yang berpengalaman.
Saya percaya, gabungan tenaga muda, pengalaman luas, dan strategi kejurulatihan yang rapi akan menjadikan pasukan ini mampu bersaing di peringkat tertinggi. Yang penting, fokus kami bukan semata-mata pada kemenangan, tetapi kepada membina pasukan yang konsisten, berdisiplin dan membanggakan.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada para penaja yang telah memberikan komitmen besar kepada projek ini. Sokongan mereka bukan hanya pada nama, tetapi pada keyakinan bahawa IFC mampu melakar sesuatu yang bermakna dalam dunia bola sepak negara.
Kepada seluruh peminat bola sepak, khususnya di utara, saya mengajak anda untuk bersama kami. Jadilah penyokong setia kepada pasukan baharu ini. InsyaAllah, dengan sokongan anda, kita akan melakar sejarah bersama.
Ruangan Komen: