Melawat Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah - Saifuddin Nasution
Melawat Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah
July 16, 2025

Hari ini saya tiba ke Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah iaitu kampung kelahiran Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman.
Sebuah kampung yang mungkin sederhana pada pandangan mata, jauh dari hiruk-pikuk kota. Tapi hari ini, ia menjadi titik penting dalam pelaksanaan satu pendekatan baharu kerajaan yang lebih dekat, lebih mesra dan lebih menyelami denyut nadi rakyat
Inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) ini adalah cetusan idea YAB Perdana Menteri yang membuka ruang untuk pemimpin kerajaan menyumbang bukan sekadar dari kejauhan, tetapi turun sendiri ke tengah-tengah kampung untuk mendengar, memahami dan menyumbang secara langsung kepada komuniti setempat.
Itulah semangat yang saya bawa ke Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah iaitu lokasi yang telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kampung Pangkalan Abai ini ada lebih kurang 800 orang penduduk dan sekitar 200 buah rumah. Bayangkan impaknya bila peruntukan RM1 juta disalurkan terus ke kampung, kesannya akan dirasa secara menyeluruh. Dari jalan, ke kemudahan, ke prasarana keselamatan, semuanya akan disentuh.
Hari ini saya turut lancarkan Pusat Khidmat Komuniti RELA dan Pondok Sistem Rondaan Sukarela (SRS), sebagai satu lagi langkah untuk memastikan keselamatan kampung terus terjaga walaupun lokasinya jauh dari pusat bandar.
Majlis ini turut menyaksikan beberapa penyerahan penting seperti sijil lahir dan kad pengenalan kepada warga kampung, bantuan zakat PBLT, surat kelulusan Program e-Kasih, sumbangan van jenazah dan kit pengurusan jenazah, serta Dan sedikit peruntukan khas untuk kegunaan pihak SK Pangkalan Abai.
Terima kasih kepada seluruh warga Kampung Pangkalan Abai atas sambutan yang cukup mesra dan hangat. Terima kasih juga kepada semua agensi dan rakan-rakan pimpinan tempatan yang turut menjayakan majlis ini.
Saya percaya, ini bukan pengakhiran dan semoga ini adalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar dan lebih bermakna buat kampung kita.
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...