Memberi Sokongan Buat Pasukan Imigresen FC Membuat Penampilan Sulung Mereka di Liga Super Malaysia - Saifuddin Nasution
Memberi Sokongan Buat Pasukan Imigresen FC Membuat Penampilan Sulung Mereka di Liga Super Malaysia
August 11, 2025
Baru baru ini pasukan Imigresen FC membuat penampilan sulung mereka di Liga Super Malaysia menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Batu Kawan.
Kebetulan saya berada di Alor Setar untuk program pada malam itu, jadi saya singgah sebentar memberikan sokongan.
Meskipun keputusan perlawanan pertama ini belum memihak kepada kita, tetapi tak mengapa sebab perjalanan masih panjang.
Sebagai pasukan yang baru menjejakkan kaki ke pentas tertinggi, fokus kita pada fasa awal ini adalah membina kekuatan dan keserasian pasukan. Tidak perlu terbeban dengan sasaran, yang penting setiap pemain memberikan persembahan terbaik di padang.
Saya doakan semangat juang ini tidak pernah padam. Teruskan bermain dengan hati, kerana kejayaan akan datang kepada mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

Ruangan Komen:

Loading...