
Alhamdulillah, selesai mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-142 bersama Ahli-ahli Suruhanjaya yang lain.
Setiap cadangan yang dibentang di dalam mesyuarat diperhalusi dengan penuh tanggungjawab dan teliti, kerana ia bukan sekadar urusan pentadbiran tetapi menyentuh masa depan pasukan yang menjadi benteng utama keselamatan dan ketenteraman negara.
InsyaAllah, apa yang dimuktamadkan hari ini akan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh profesionalisme, memartabatkan integriti dan memastikan kebajikan warga PDRM terus terpelihara.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#KementerianDalamNegeri







Ruangan Komen: