Menerima kunjungan hormat daripada Ketua Delegasi Negara-Negara Anggota ASEAN - Saifuddin Nasution
Menerima kunjungan hormat daripada Ketua Delegasi Negara-Negara Anggota ASEAN
July 16, 2025

Pada 24 Jun yang lalu saya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Delegasi Negara-Negara Anggota ASEAN (ASEAN Member States – AMS), delegasi dari Timor-Leste serta wakil Sekretariat ASEAN.

Pertemuan ini membuka tirai kepada agenda penting hari ini, iaitu The 25th ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (25th SOMTC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitannya, di mana saya diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama.

Kunjungan ini bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama serantau, khususnya dalam menangani jenayah rentas sempadan yang kian kompleks dan mencabar.

Ruangan Komen:

Loading...