Mengiringi keberangkatan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang menamatkan lawatan beliau ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. - Saifuddin Nasution
Mengiringi keberangkatan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang menamatkan lawatan beliau ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
November 3, 2025

Pagi ini saya mengiringi keberangkatan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang menamatkan lawatan beliau ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Mewakili Kerajaan Malaysia dan selaku Menteri Pengiring, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden Trump serta seluruh delegasi Amerika Syarikat atas kesudian mengadakan lawatan rasmi ke negara kita.
Lawatan ini turut mencerminkan kematangan politik Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN, yang berpegang kepada prinsip ASEAN Centrality bahawa rantau ini bebas menentukan haluannya sendiri, bebas berkawan dan menyampaikan pandangan tanpa perlu mengorbankan prinsip, selaras dengan dasar keterbukaan dan keseimbangan yang menjadi teras Kerajaan MADANI.
Semoga hasil lawatan ini menjadi asas kepada hubungan yang lebih kukuh antara Malaysia dan Amerika Syarikat, serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Ruangan Komen:

Loading...