Saya berbesar hati mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bagi menerima ketibaan Presiden Republik Afrika Selatan, Tuan Yang Terutama Cyril Ramaphosa, di Perdana Putra.
Sejurus ketibaan beliau, telah diadakan juga mesyuarat dua hala kedua-kedua negara di antara YAB Perdana Menteri Malaysia & Presiden Republik Afrika Selatan.
Kehadiran beliau sebagai Tamu Negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 melambangkan hubungan erat dan persahabatan yang semakin kukuh antara Malaysia dan Afrika Selatan.







Ruangan Komen: