Meninjau kemajuan kerja fizikal One Stop Centre bagi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) - Saifuddin Nasution
Meninjau kemajuan kerja fizikal One Stop Centre bagi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)
October 8, 2025

Saya berkesempatan meninjau kemajuan kerja fizikal One Stop Centre bagi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang kini sedang dibangunkan di lokasi baharu, Menara 2 MCMC, Cyberjaya.

Hakikatnya, NSRC sudah pun memainkan peranan penting sejak mula beroperasi. Ramai rakyat menjadikannya sebagai talian hayat ketika berdepan detik cemas menyedari diri mereka menjadi mangsa.
Dengan adanya kemudahan baharu yang lebih lengkap dan tersusun ini, sudah tentu keupayaan NSRC dapat ditingkatkan sama ada dari segi kepantasan respons, keberkesanan koordinasi, mahupun ketepatan maklumat yang disampaikan.
Ini adalah bukti komitmen kita untuk memastikan rakyat sentiasa dilindungi daripada ancaman penipuan yang kian merumit dan licik.

Ruangan Komen:

Loading...