
Sebelum ke Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia, saya luangkan masa meninjau sendiri projek-projek di Kampung Teluk Nipah, Kota Kuala Muda.
Alhamdulillah, banyak perubahan yang mula kelihatan. Jeti nelayan yang sebelum ini uzur, kini sudah dibaik pulih, memberi nafas baharu untuk hampir 50 biji bot nelayan. Sekolah tahfiz dan pondok pengajian juga kita perkemas dengan sentuhan TVET, supaya anak-anak bukan sahaja menghafaz dan belajar agama, tetapi turut dibekalkan dengan kemahiran masa depan.
Selain itu, 24 tiang lampu solar juga dipasang untuk memudahkan anak-anak dan nelayan yang menuju jeti waktu Subuh. Surau kampung ditambah baik, longkang dan saliran dibaiki, pintu gerbang baharu kampung didirikan, dan gelanggang serbaguna turut dibina di SK Bukit Kechil di bawah Program Sekolah Angkat MADANI.
Sebahagian besar projek ini telah siap sepenuhnya, manakala sebahagiannya lagi sedang berjalan. InsyaAllah, sedikit demi sedikit usaha ini akan terus memberi manfaat kepada penduduk di sini.
Ruangan Komen: