Meninjau serta menyampaikan bantuan kepada dua kelompok mangsa banjir - Saifuddin Nasution
Meninjau serta menyampaikan bantuan kepada dua kelompok mangsa banjir
October 8, 2025

Di sebalik ujian banjir yang memaksa mereka kehilangan begitu banyak, masyarakat Sabah tetap menyambut saya dengan senyuman. Senyuman yang lahir dari jiwa yang tabah.

Hari ini, saya turun meninjau serta menyampaikan bantuan kepada dua kelompok mangsa banjir iaitu kakitangan agensi-agensi di bawah KDN yang turut terkesan, serta mereka yang masih tinggal di pusat penempatan sementara.
Selain bantuan segera, saya turut memaklumkan persiapan menghadapi musim monsun timur laut yang dijangka tiba hujung tahun ini. Seramai 20,000 anggota polis berada pada tahap siap siaga penuh, bersama aset logistik yang telah digerakkan bagi memastikan keselamatan, operasi menyelamat, serta perlindungan premis dan harta benda dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
Tidak ketinggalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga bersedia membantu mereka yang kehilangan dokumen pengenalan diri. Sijil kelahiran, MyKad, sijil perkahwinan dan lain-lain dokumen penting akan diganti secara percuma, agar beban mangsa dapat diringankan dalam usaha mereka membina semula kehidupan.
Ketabahan masyarakat Sabah menjadi inspirasi buat kita semua. Saya doakan agar mereka sentiasa diberi kekuatan, perlindungan dan kesabaran untuk melalui tempoh sukar ini, dan semoga setiap usaha membangunkan semula kehidupan selepas bencana dipermudahkan.

Ruangan Komen:

Loading...