Mewakili Kerajaan Malaysia dan selaku Menteri Pengiring, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Dr Muhammad Yunus serta seluruh delegasi Republik Rakyat Bangladesh atas kesudian mengadakan lawatan kerja rasmi ke negara kita, sekali gus memperkukuh persahabatan erat yang telah lama terjalin.
Sepanjang berada di sini, pelbagai sesi perbincangan dan pertukaran pandangan telah berlangsung, daripada peluang pelaburan dan perdagangan, hinggalah kepada idea-idea baharu untuk membina kerjasama yang lebih strategik dan mampan.
Saya percaya, hasil daripada lawatan ini akan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala dan seterusnya membawa manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.

Ruangan Komen: