Hari ini saya mewakili Kerajaan Malaysia sebagai pemerhati rasmi dalam General Border Committee (GBC) Extraordinary Meeting, sebuah sidang penting yang menghimpunkan delegasi kanan dari Thailand dan Kemboja, yang kini sedang mencari jalan keluar damai susulan daripada ketegangan di sempadan mereka.
Malaysia berbangga kerana diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah dan pemudah cara bagi misi damai ini yang telah bermula sejak 4 Ogos lalu. Ia menjadi bukti peranan Malaysia sebagai rakan yang dipercayai dalam kalangan negara ASEAN, yang sentiasa menjunjung prinsip rundingan, hormat-menghormati, dan penyelesaian tanpa konfrontasi.
Dalam pertemuan hari ini, kesemua pihak bersetuju mengulangi komitmen masing-masing untuk berusaha ke arah melaksanakan misi damai ini.
InsyaAllah, Malaysia akan terus menyokong proses ini, dan bersedia membantu dalam usaha membina keyakinan serta melaksanakan mekanisme pemantauan yang berkesan.
Ruangan Komen: