Menyambut ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam yang tiba ke Malaysia bagi menghadiri rangkaian Mesyuarat ASEAN yang dijadualkan. Saya berbesar hati menyambut ketibaan Tuanku sebagai “receiving minister” mewakili Kerajaan Malaysia.
Turut bersama saya menyambut ketibaan tadi ialah Menteri Luar dan Menteri Ekonomi Brunei Darussalam.
Malaysia dan Brunei berkongsi hubungan dua hala yang sangat akrab dan istimewa — bukan sekadar jiran, tetapi sahabat serumpun yang sentiasa bekerjasama erat demi kestabilan dan kemakmuran serantau.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
#MYAseanChair2025
#ASEANMalaysia2025
Ruangan Komen: