Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menyampaikan syarahan dalam Program Bicara INTAN Minister’s Conversation (IMC) 2025 yang berlangsung di Auditorium INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Selaras dengan tema program “Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama”, saya tegaskan bahawa soal keselamatan bukan tanggungjawab eksklusif pihak berkuasa semata-mata. Ia tanggungjawab kita semua, sama ada penjawat awam, mahasiswa, masyarakat sivil mahupun rakyat biasa.
Program seperti IMC ini sangat penting kerana ia menjadi wadah strategik untuk Menteri menyampaikan secara langsung agenda, perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan kepada warga perkhidmatan awam. Tambah menarik, kali ini turut melibatkan kehadiran pelajar-pelajar universiti yang menunjukkan betapa pentingnya generasi muda diberi ruang dan suara dalam perbincangan dasar yang bersifat nasional.
Saya turut mengambil peluang untuk berkongsi beberapa inisiatif utama yang telah dan akan terus digerakkan oleh KDN, antaranya:
✅ Pelaksanaan sistem Kod QR di pintu-pintu masuk negara yang berjaya mengurangkan kesesakan, memudahkan urusan pengesahan, dan meningkatkan kecekapan kawalan sempadan.
✅ Penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang lebih tersusun dan bersepadu.
✅ Pendekatan bersepadu dalam membanteras ekstremisme dan ancaman ideologi radikal.
✅ Usaha memerangi isu dadah yang kini semakin kompleks dan merentas sempadan.
✅ Dan bagaimana KDN sedang meneroka serta memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh sistem keselamatan kita.
Saya tegaskan di pentas tadi, dalam hal keselamatan, kita tidak ada ruang untuk kompromi. Ancaman hari ini semakin kompleks, canggih dan dinamik. Maka penyelesaiannya juga perlu bersifat holistik, moden dan berpandangan jauh.
Terima kasih kepada pihak INTAN atas jemputan dan penganjuran IMC 2025. Saya percaya sesi ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman tentang keselamatan negara, tetapi turut menyuntik semangat baharu dalam kalangan penjawat awam untuk terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan Malaysia.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: