
Malam tadi saya turut menyertai pra-mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sebagai persiapan terakhir menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan bermula esok di bawah kepengerusian Malaysia.
Sebagai tuan rumah dan di bawah pimpinan Kerajaan Madani, Malaysia komited memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar serta menghasilkan keputusan yang bermakna dalam memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau dan menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan serta kemakmuran.
Mohon doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah dan diberkati-Nya, insya-Allah.







Ruangan Komen: