Menyertai Program Khidmat Bakti RELA - Saifuddin Nasution
Menyertai Program Khidmat Bakti RELA
July 16, 2025

Setibanya di Terengganu, saya terus bergerak ke Kampung Buluh, Hulu Terengganu bagi menyertai Program Khidmat Bakti RELA bersama masyarakat setempat.
Program ini adalah salah satu usaha berterusan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam menyantuni rakyat, bukan hanya dalam tugas keselamatan, tetapi juga melalui kerja-kerja kebajikan dan khidmat komuniti.
Saya sempat duduk berbual dengan Mok Nab, warga emas berusia 82 tahun. Dulu rumah Mok Nab agak uzur. Alhamdulillah, sekarang dah dibaik pulih dengan bantuan RELA. Kadang-kadang bantuan begini mungkin nampak kecil, tapi maknanya besar bagi yang menerima.
Saya sangat hargai semangat anggota RELA yang sentiasa bersedia turun padang, bukan sekadar menjalankan tanggungjawab rasmi, tetapi juga dalam misi kemanusiaan seperti ini.
Inilah semangat kesukarelawanan sebenar. Bekerja dalam diam, memberi tanpa syarat, dan hadir ketika diperlukan.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...