
Usai solat subuh, saya menziarahi adik Mohammad Syafiq bin Alias di Kampung Teluk Nipah yang sudah hampir 5 tahun terlantar akibat kecederaan otak yang serius (TBI) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sejak kejadian itu, adik Syafiq tidak lagi mampu bertutur seperti biasa, malah tidak dapat memahami kata-kata yang disampaikan kepadanya.
Hati saya jadi sebak bila melihat sendiri keadaan anak muda ini, yang satu ketika dulu pasti penuh dengan impian dan cita-cita.
Saya doakan moga adik Syafiq diberikan kesembuhan, dan buat keluarga beliau terus diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang berat ini. Semoga ada sinar harapan yang Allah hadirkan buat mereka sekeluarga.
Ruangan Komen: