Meraikan Majlis Lantunan Mahabbah Sempena Penutup Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025 - Saifuddin Nasution
Meraikan Majlis Lantunan Mahabbah Sempena Penutup Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025
August 11, 2025
Selesai program saya di Kelantan, saya ke Kedah untuk bersama meraikan Majlis Lantunan Mahabbah Sempena Penutup Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025.
Program yang menghimpunkan 480 peserta anak-anak pelajar sekolah rendah dan
menengah dari seluruh negara ini bukan sekadar pentas pertandingan bahasa Arab, tetapi medan penting membentuk generasi yang seimbang ilmunya, tinggi adabnya, dan kukuh jati dirinya.
Saya sendiri pernah menyertai pertandingan syarahan sewaktu di tingkatan 3. Masih jelas di ingatan saya pesanan ustaz, jika ceramah berdurasi satu jam, isi ucapan hendaklah sekurang-kurangnya tiga poin dan tidak lebih daripada lima, supaya audiens mudah faham dan tidak terbeban.
Pesan itu jugalah yang saya kongsikan kepada anak-anak pelajar pada malam ini iaitu rebutlah peluang ini sebaik mungkin. Jadilah generasi yang bukan sahaja fasih berbicara di hadapan orang, tetapi juga memiliki jiwa yang besar, penuh adab, dan mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat dan negara.
Harapan saya agar ihtifal ini terus menjadi wadah untuk mengasah bakat, memperteguh nilai-nilai murni, serta mencetak pemimpin masa hadapan yang berkualiti.

Ruangan Komen:

Loading...