Meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Khas Kecemerlangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 - Saifuddin Nasution
Meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Khas Kecemerlangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024
July 16, 2025

Alhamdulillah, malam ini saya berpeluang meraikan seramai 507 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Khas Kecemerlangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 bagi Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Peringkat Negeri Sabah.
KDN kini sedang melangkah ke hadapan dalam membina satu budaya dan tradisi kecemerlangan yang bukan sahaja mapan dari segi sistem, tetapi juga mampan dari segi nilai dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.
Kayu ukur kecemerlangan yang sebenar bukan terletak pada angka atau pujian semata-mata, tetapi pada sejauh mana sistem penyampaian kita benar-benar sampai kepada rakyat dengan pantas, tepat, mesra, dan berjaya menyelesaikan keperluan mereka.
Dalam konteks KDN yang menjadi tunjang kepada keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, kecekapan penyampaian bukan pilihan, ia adalah amanah. Dan saya yakin, dengan adanya barisan penjawat awam yang cemerlang seperti malam ini, amanah itu berada di tangan yang tepat.
Sekali lagi, saya ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Teruskan menjadi inspirasi, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi kepada seluruh organisasi.
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...