Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-13, Bil. 1 Tahun 2025. - Saifuddin Nasution
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-13, Bil. 1 Tahun 2025.
May 15, 2025

Saya bersama YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-13, Bil. 1 Tahun 2025.
Ini adalah mesyuarat berkala buat kedua-dua kementerian dan mesyuarat hari ini telah mencapai beberapa keputusan penting termasuk:
1. Majikan wajib hadir di pintu keluar antarabangsa semasa daftar keluar pekerja asing. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan sekatan permohonan kuota dan urusan imigresen lain.
2. Pertukaran majikan merentasi sektor penggajian kini dibenarkan, selaras dengan amalan baik antarabangsa. Ini akan memberi manfaat kepada semua pihak – kerajaan, majikan dan pekerja asing.
Penggunaan tenaga kerja asing di Malaysia masih diperlukan bagi kebanyakan industri, yang mana ianya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh itu, Kerajaan Madani sentiasa komited untuk mencapai agenda ini dan pada masa yang sama memastikan setiap dasar dipatuhi dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...