Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Sabah - Saifuddin Nasution
Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Sabah
July 16, 2025

Saya luangkan masa dalam lawatan kerja saya ke Sabah untuk turut mempengerusikan Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Sabah yang kali ini memberi tumpuan khusus kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir.
Sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya melihat pertemuan ini bukan sahaja penting dari segi penyelarasan jentera, tetapi juga sebagai ruang memperkukuh persefahaman antara pimpinan negeri dan pusat dalam merangka pendekatan yang paling berkesan
Apa jua keputusan yang bakal dimuktamadkan, sama ada dari segi strategi, calon mahupun manifesto, tumpuan dan arah tuju kita kekal jelas dan tegas iaitu kepentingan rakyat Sabah mesti kekal menjadi keutamaan.
#MalaysiaMadani
#PakatanHarapan

Ruangan Komen:

Loading...