Minjau kerja-kerja baik pulih di sekolah Kebangsaan Keluang
October 8, 2025

Sebelum majlis pelancaran rasmi Kampung Angkat Madani & Sekolah Angkat Madani, saya sempat turun padang meninjau kerja-kerja baik pulih yang sedang dijalankan.

Di Masjid Kg Keluang, kita laksanakan kerja mengecat, membina garaj dan pondok – supaya jemaah lebih selesa dan masjid dapat terus jadi pusat komuniti.
Di Sekolah Kebangsaan Keluang pula, kita tambah baik kemudahan dalam kelas untuk pelajar, termasuk menyediakan sudut antidadah sebagai ruang pendidikan dan kesedaran.
Inilah nilai Madani – pembangunan fizikal seiring dengan pembangunan insan. Bukan sekadar cantik di mata, tetapi memberi manfaat kepada jiwa dan generasi masa depan.

Ruangan Komen:

Loading...