Kesempatan untuk bersama dengan anak-anak muda AMK di Pemukiman Angkatan Muda Keadilan malam tadi menguatkan keyakinan saya bahawa politik ini bukan sahaja milik orang lama semata, tetapi medan untuk anak muda membuktikan keberanian mereka.
Kita semua tahu jalan politik tidak pernah mudah. Ada liku yang mencabar, ada detik yang mengecewakan. Namun, di situlah lahirnya nilai sebenar perjuangan
Saya lihat semangat anak muda ini cukup luar biasa. Pesan saya, anak muda mesti berani bersuara, berani mencabar kebiasaan, dan berani membuktikan bahawa politik boleh lebih segar, lebih dekat dengan rakyat.
Saya doakan agar Angkatan Muda Keadilan terus menjadi obor perubahan, dan melahirkan barisan pemimpin muda yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Ruangan Komen: