Perasmian Penutup i-DEEN Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2025 - Saifuddin Nasution
Perasmian Penutup i-DEEN Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2025
August 11, 2025
Pada beberapa hari yang lepas saya telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup i-DEEN Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2025.
Program i-DEEN adalah satu di antara program psikospritual yang dilaksanakan oleh AADK. Nama i-DEEN merupakan gabungan perkataan ‘i’ (idola) dan ‘DEEN’ (agama), yang membawa maksud ‘idola yang beragama’.
Pada tahun ini, seramai 223 klien daripada program rawatan dan pemulihan dalam komuniti (RPDK) serta institusi (RPDI) telah menyertai i-DEEN di peringkat saringan, manakala 111 klien mara ke peringkat akhir yang melibatkan pertandingan tilawah Al-Quran, hafazan dan lagu ketuhanan.
Saya menyambut baik usaha AADK memperkenalkan elemen keagamaan dalam modul pemulihan mereka. Ini satu langkah bijak. Nilai spiritual yang tinggi akan membentuk kekuatan dalaman seseorang, yang akan membantu proses pemulihan secara lebih menyeluruh.
Lebih membanggakan, kadar kejayaan pemulihan AADK kini hampir mencecah 80%, satu angka yang tidak datang dengan mudah. Namun kejayaan ini harus terus diperkasa, melalui sokongan dasar, sumber manusia, latihan dan kewangan.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya memberi jaminan bahawa Kementerian akan terus menyokong AADK dari segala aspek demi memastikan perjuangan ini terus diperkasa.

Ruangan Komen:

Loading...