
Sejak sekian lama, Gombak bukan sahaja menjadi pintu masuk ke Lembah Klang dari arah Pantai Timur, tetapi juga titik temu penting kepada pelbagai perjalanan.
Hari ini, sejarah panjang itu dilengkapkan dengan sebuah mercu baharu dengan perasmian Terminal Bersepadu Gombak yang disempurnakan sendiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Apa yang istimewa, terminal ini tampil dengan reka bentuk moden, ruang yang luas serta selesa, benar-benar melambangkan wajah baharu kemudahan awam Malaysia yang lebih maju, terancang dan bertaraf antarabangsa.
Lebih daripada sebuah terminal bas, kemudahan ini akan berfungsi sebagai pusat mobiliti utama yang bakal dihubungkan dengan rangkaian rel strategik seperti ECRL apabila siap kelak.
Inilah sebahagian daripada ikhtiar besar Malaysia MADANI memastikan pembangunan infrastruktur benar-benar menyentuh kehidupan rakyat, memperkasa mobiliti, dan memperkukuh masa depan negara.
Ruangan Komen: