Pertemuan bersama barisan Pegawai Awam Hal Ehwal Islam PDRM di bawah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), JIPS PDRM - Saifuddin Nasution
Pertemuan bersama barisan Pegawai Awam Hal Ehwal Islam PDRM di bawah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), JIPS PDRM
October 17, 2025

Pertemuan bersama barisan Pegawai Awam Hal Ehwal Islam PDRM di bawah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), JIPS PDRM di Bukit Aman membuka ruang untuk saya menghargai dengan lebih dekat peranan besar mereka dalam membentuk kekuatan rohani warga pasukan berasaskan nilai Islam.
Meskipun peranan mereka jarang terlihat di hadapan, namun kehadiran mereka amat dirasai di sebalik tabir khidmat dan menjadi tunjang dalam membimbing warga PDRM.
Dalam ucapan, saya tekankan satu perkara utama bahawa tugas mereka bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab, tetapi juga perlu melampaui batas rutin itu. Teruskan tugas, ya, namun dalam masa yang sama, harus berani melangkaui sempadan harian demi memperkasa nilai dan makna di sebalik khidmat itu.
Soal birokrasi, jangan risau. Saya akan pastikan urusan dan proses dalaman dipermudah, agar pegawai dapat menumpukan sepenuh tenaga untuk menyemarakkan kekuatan rohani dan moral warga PDRM.
Saya yakin, apabila peranan ini terus diperluas dan diiktiraf, PDRM bukan sahaja kekal sebagai benteng keselamatan negara, tetapi juga sebagai institusi yang berjiwa, berakhlak dan berperanan membentuk masyarakat yang lebih harmoni.

Ruangan Komen:

Loading...