Saya ambil peluang bertemu dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan Parlimen Padang Serai semalam. Pertemuan yang sederhana, tapi penuh nilai dan makna tersendiri.
Saya sentiasa percaya bahawa kekuatan sesebuah gerakan politik bukan hanya terletak pada kepimpinan di atas, tetapi juga pada keteguhan akar umbi yang tidak pernah lelah berkhidmat untuk rakyat.
Dalam konteks Kerajaan Perpaduan, ia bukan sekadar soal bergabung antara parti-parti politik, tetapi tentang bagaimana kita belajar menghormati perbezaan, mencari titik tengah, dan membina persefahaman atas dasar tanggungjawab bersama.
Saya amat hargai pandangan, semangat dan kesediaan semua Ketua Cawangan yang hadir semalam.
Moga ukhuwah yang bertambah kukuh ini terus utuh dan kuat serta tidak mudah digoyahkan dengan apa jua anasir yang mendatang, InsyaAllah.






Ruangan Komen: