Pertemuan bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, Kota Kinabalu - Saifuddin Nasution
Pertemuan bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, Kota Kinabalu
October 17, 2025

Saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, Kota Kinabalu. Sebelum itu, saya turut mengadakan sesi perbincangan bersama Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.

Mandat yang diamanahkan oleh Pakatan Harapan untuk saya mengetuai rundingan dengan parti-parti sahabat berjalan dengan baik, dan Insya-Allah akan membuahkan hasil yang positif dan memberangsangkan.
Pertemuan ini menjadi ruang penting untuk kami bertukar pandangan, mendengar suara di lapangan, serta menyelaraskan usaha bagi memastikan setiap langkah politik yang direncana benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat dan negeri.
Kami sependapat bahawa dalam apa jua strategi, pendekatan mahupun keputusan yang bakal diambil, suara dan kepentingan rakyat Sabah mesti sentiasa menjadi keutamaan.

Ruangan Komen:

Loading...