
Saya berpeluang mengadakan pertemuan dua hala bersama delegasi Republik Korea yang diketuai oleh H.E. Jin Soo Lee, Timbalan Menteri Kehakiman. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami menyentuh tiga tonggak utama kerjasama.
Pertama, kami sepakat bahawa hubungan politik dan ekonomi Malaysia–Republik Korea sudah pun kukuh. Namun dalam kekukuhan itu, masih ada ruang yang boleh diteroka bersama. Antara yang dibincangkan ialah kerjasama dalam bidang penguatkuasaan maritim.
Kedua, kami juga bersetuju untuk membangunkan satu kerangka kerjasama yang lebih tersusun melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU). Ini akan menjadi platform rasmi untuk memperkukuh hubungan dua hala pada masa depan.
Ketiga, pihak Korea turut menyatakan minat terhadap pengalaman Malaysia dalam menangani isu dadah. Malaysia telah lama mengembangkan kepakaran dalam aspek pencegahan, pemulihan, dan penguatkuasaan, dan kami sedia berkongsi pengalaman ini demi manfaat bersama.
Pertemuan ini jelas membuktikan bahawa hubungan Malaysia–Republik Korea bukan sahaja terus diperkukuh, tetapi juga diperkaya dengan agenda kerjasama baharu yang lebih praktikal, inklusif, dan berorientasikan masa hadapan.
Ruangan Komen: