Saya hadir ke Program Inspirasi MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN), antara program yang kita jalankan hampir setiap bulan di pelbagai negeri untuk mendekatkan KDN dan agensi-agensi di bawahnya dengan rakyat di akar umbi.
Kadang-kadang, rakyat bukan tak mahu selesaikan masalah. Mereka cuma tak tahu ke mana harus dituju. Masalah kad pengenalan, pertubuhan, keselamatan, dokumen perjalanan, semuanya berkait dengan KDN, tapi tak semua tahu di bawah kementerian inilah terdapat 11 agensi penting yang boleh membantu mereka.
Sebab itu saya percaya, program seperti Inspirasi MADANI ini bukan sekadar acara, tapi ruang pertemuan antara rakyat dan agensi kerajaan. Datang terus, bertanya, berbincang, dan kadang-kadang terus selesaikan masalah di situ juga.
Kita bukan hanya membina sistem, tapi membina kepercayaan. Dan selama kepercayaan itu hidup, kerajaan akan terus kuat di mata rakyat.






Ruangan Komen: