Program Jelajah Wira MADANI 2025
January 5, 2026
Saya telah hadir ke Program Jelajah Wira MADANI 2025 yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, program ini punya makna yang besar kerana ia merupakan penghargaan daripada Kerajaan kepada anggota keselamatan. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri berbesar hati menyalurkan peruntukan khas kepada IPD Putrajaya, sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka.
Saya sempat bertanya kepada Perdana Menteri, “Kenapa pilih IPD Putrajaya?”
Beliau jawab, “Kerana Putrajaya ini nadi pentadbiran negara, tempat kita menyambut tetamu, menganjurkan acara besar, dan di sinilah tertumpu segala urusan rasmi. Maka, penghargaan kepada pasukan keselamatan juga wajar disampaikan dari sini.”
Dalam kesempatan ini juga, Kerajaan turut menyampaikan sumbangan persekolahan kepada 500 orang anak-anak warga polis IPD Putrajaya. Sumbangan ini mungkin sederhana, tapi mesejnya jelas, setiap keluarga wira negara juga perlu diraikan.
Semoga segala usaha, niat murni dan penghargaan yang kita zahirkan hari ini menjadi asbab keberkatan.

Ruangan Komen:

Loading...