Program Jelajah Wira Madani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) - Saifuddin Nasution
Program Jelajah Wira Madani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
October 8, 2025

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang hadir ke Program Jelajah Wira Madani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi tadi di Sandakan.

Sokongan dan dokongan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua warga KDN untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah demi rakyat dan negara.
APMM bersama ATM dan PDRM terus menjadi benteng utama keselamatan maritim negara. Bukti yang paling ketara adalah di mana sejak Januari 2020, tiada lagi kes kidnap for ransom di Pantai Timur Sabah — keberkesanan penguatkuasaan yang bukan sahaja menjaga perairan, malah menjana keyakinan pelancong dan menyokong ekonomi setempat.
Inilah semangat Wira MADANI — menyantuni rakyat, menghargai pengorbanan wira keselamatan, dan memastikan keamanan negara dinikmati seluruh lapisan masyarakat.

Ruangan Komen:

Loading...