Alhamdulillah, saya berpeluang meluncurkan Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi tahun 2025, bertempat di Kampung Buluh, Hulu Terengganu.
Inisiatif ini bukan sekadar program biasa. Ia lahir daripada hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang antara desa dan bandar, supaya pembangunan, kemudahan asas dan perhatian tidak tertumpu di satu kawasan saja.
Kampung Buluh telah dipilih sebagai kampung angkat di bawah seliaan RELA, manakala dua buah sekolah iaitu SK Tengku Ampuan Intan dan SK Kemak, turut diangkat sebagai Sekolah Angkat MADANI.
Antara skop pembangunan yang diluluskan di bawah inisiatif ini termasuklah naik taraf jalan dan sistem saliran, pembaikan wakaf kampung, penambahbaikan fasiliti sukan, serta penaiktarafan kantin dan ruang pembelajaran di sekolah. Tapi bukan sekadar naik taraf fizikal, kita juga bawa masuk program kemasyarakatan, supaya semangat gotong-royong dan nilai komuniti itu terus hidup.
Saya turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan kerusi roda, pek makanan (foodbank) dan lampin dewasa kepada penduduk kampung yang memerlukan. Sumbangan ini mungkin kecil, tetapi cukup untuk mengurangkan beban seharian mereka.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang telah bertungkus-lumus dan juga penduduk kampung sendiri yang menyambut usaha ini dengan tangan terbuka.
InsyaAllah, program seperti ini akan menjadi mercu tanda kejayaan dan inspirasi kerajaan untuk meneruskan usaha-usaha pembangunan yang seterusnya.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
#KampungAngkatMadani
Ruangan Komen: