Program Lawatan Kebajikan anjuran PUSPANITA KPDN - Saifuddin Nasution
Program Lawatan Kebajikan anjuran PUSPANITA KPDN
September 10, 2025

Tempoh hari isteri saya, Datin Seri Datuk Norhayati binti Musa, selaku Penaung PUSPANITA KDN, berkesempatan menghadiri Program Lawatan Kebajikan anjuran PUSPANITA KPDN yang diadakan di Penjara Wanita Kajang.

Lawatan ini dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak di Taska Penjara Wanita Kajang, sebelum diteruskan dengan kunjungan ke bengkel menjahit, sulaman, pembuatan pastri, sekolah integriti, dan bengkel batik.
Mereka turut melihat sendiri pelbagai program pemulihan dan latihan kemahiran yang dijalankan untuk prospek di sana. Usaha ini sudah semestinya mampu membina semula keyakinan diri dan memberi mereka kemahiran baharu sebagai bekalan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
Program seumpama ini menjadi bukti nyata bahawa pemulihan bukan sekadar hukuman, tetapi sebuah usaha memberi sinar harapan dan masa depan baharu kepada insan yang sedang menebus kesilapan lalu.

Ruangan Komen:

Loading...