Alhamdulillah, syukur dengan izin-Nya, saya berkesempatan bersama-sama menjayakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Majlis Iftar KDN Madani anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Desa Aman, Padang Serai, Kedah.
Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi juga satu platform penting dalam memperkukuhkan ukhwah, menyemai nilai-nilai murni, serta menghargai peranan RELA dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Saya cukup tertarik apabila majlis dimulai dengan alunan merdu surah Al-Insan yang dibaca dengan Qiraat Warsh ‘An Nafi’. Lebih istimewa lagi, bacaan ini dipersembahkan oleh Saudara Muhamad Helmi Bin Mohd Abd Shukur, Pengarah RELA Negeri Perlis, yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.
Ini jelas menunjukkan bahawa anggota-anggota yang berkhidmat dalam pasukan RELA bukan sekadar berperanan dalam keselamatan dan kebajikan masyarakat, tetapi mereka juga memiliki kepelbagaian kemahiran serta latar belakang yang cukup luar biasa. Inilah keindahan pasukan RELA yang cukup unik.
Pada majlis ini juga, saya turut menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada golongan asnaf serta duit raya kepada anak-anak anggota RELA, berkongsi sedikit rezeki agar mereka juga dapat merasai kegembiraan dan keberkatan Ramadan ini.
Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada kita semua.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: