Program Satelit: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Felda Wilayah Alor Setar - Saifuddin Nasution
Program Satelit: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Felda Wilayah Alor Setar
October 8, 2025

Petang ini saya hadir merasmikan Program Satelit: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Felda Wilayah Alor Setar yang berlangsung di Felda Gunung Bongsu, Kulim, Kedah.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan maklumat dasar dan inisiatif kerajaan sampai ke semua peringkat masyarakat. Matlamatnya jelas, tiada seorang pun boleh dibiarkan tercicir.
FELDA sendiri telah lama menjadi tiang seri negara. Dari tanah rancangan inilah lahirnya generasi peneroka yang berjuang membina kehidupan, menyumbang kepada ekonomi, dan menjadi sebahagian penting daripada perjalanan pembangunan Malaysia.
Hari ini, melalui pendekatan Malaysia MADANI, kita bukan sahaja mahu menghargai jasa mereka, tetapi juga memastikan warga FELDA terus menikmati manfaat pembangunan, sama ada melalui peluang ekonomi, kemudahan asas, pendidikan anak-anak ataupun program pemberdayaan masyarakat.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ia terus jadi jambatan yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat, dan membuka lebih banyak ruang untuk kita membina Malaysia yang lebih makmur, adil dan sejahtera.

Ruangan Komen:

Loading...