Sambutan Hari Imigresen ke-103 - Saifuddin Nasution
Sambutan Hari Imigresen ke-103
August 7, 2025
Saya dan isteri berpeluang untuk turut serta dalam meraikan Sambutan Hari Imigresen ke-103 yang dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
103 tahun usia penubuhan bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia adalah satu perjalanan panjang yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan, namun turut diwarnai oleh deretan kejayaan yang membanggakan.
Pemilihan tema “AI Menerajui Reformasi Imigresen” untuk sambutan tahun ini menggambarkan iltizam Jabatan Imigresen Malaysia dalam memacu pembaharuan secara sistematik yang bukan sahaja menjadikan perkhidmatan lebih pantas dan efisien, malah turut menepati kehendak masa depan yang semakin mencabar.
Dalam ucapan, saya turut mengingatkan bahawa soal integriti bukan sesuatu yang boleh dikompromi. Setiap warga Imigresen mesti berpegang teguh pada prinsip ini dan menolak sebarang bentuk rasuah. Dalam masa yang sama, perlu sentiasa bersedia untuk bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain seperti SPRM dan PDRM, kerana pemantauan bersama dan ketelusan inilah yang akan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap jabatan ini.
Saya doakan agar Jabatan Imigresen Malaysia terus maju ke hadapan, mencapai lebih banyak kejayaan, kekal teguh dalam integriti, mengamalkan tadbir urus yang telus dan berkesan, serta kekal menjadi antara tonggak utama dalam merealisasikan cita-cita Malaysia MADANI.

Ruangan Komen:

Loading...